Monday 31 March 2014

Viral Rohani Penghalang Transformasi

Bagaimana M-Zas mengenal pasti kelemahan pelajar yang boleh menghalang keinginan untuk melaksanakan Transformasi Murni?


Rahsia ini akan didedahkan oleh M-Zas yang merupakan Pakar Antiviral Rohani bagi menyuntik keinginan dan keazaman untuk berubah.


Setiap manusia pasti ada hati. Setiap hati itu akan menjadi penawar kepada tingkah laku seseorang manusia. Seandainya hati itu baik, maka tingkah laku seseorang itu akan baik. Itulah saranan yang banyak diberikan supaya kita memastikan hati ini sentiasa terpelihara.

Persoalannya, Apakah viral yang boleh merosakkan kesucian hati?
Bagaimana nak mengubat viral dalam hati?

 Antara viral yang pasti menggugat kesucian hati seseorang itu ialah sifat sombong.  Sombong ini akan memakan diri seandainya kita tidak merawatnya. Apakah sombong ini boleh hilang terus? Jawapannya TIDAK! Kerana sifat ini sememangnya Allah SWT cipta untuk setipa manusia. Maka fitrahnya, manusia pasti ada sifat ini dalam diri mereka.



Apa yang boleh dilakukan ialah dengan merawatnya. Persoalan lain timbul, bagaimana nak mengubat dan merawat viral sombong ini?

Bagi M-Zas, kita lihat kepada punca seseorang itu akan sombong. Banyak punca, antaranya, terlalu yakin bahawa kelebihan yang ada pada diri adalah atas  usahanya sendiri, kejayaan yang digenggam adalah atas usahanya sendiri, pendek kata, apa jua kebaikan yang ada pada dirinya dia beranggapan bahawa hanya dia sahaja yang layak untuk memilikinya.

Nah ini yang perlu dirawat. Pertama seseorang yang terasa bahawa dia sudah ada sifat-sifat sombong ini perlu beristighfar. Istighfarlah sebanyak mungkin. Kerana dengan istighfar ia akan menyedarkan kita siapa kita di sisi Allah SWT. Istighfar akan menjadikan kita lebih peka kepada kehebatan dan keagungan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya. Seandainya kesedaran itu timbul maka kita akan sedar bahawa kehebatan yang ada pada kita bukan milik kita, tetapi ia adalah milik Allah SWT sepenuhnya.

Kedua, tatkala terasa terbit di hati bahawa kita ingin sombong, maka cepat-cepatlah kita berselawat sebagai tanda kita sedar kehebatan yang kita ada tidak sehebat sebagaimana yang ada pada Rasulullah SAW. Baginda SAW walaupun diuji sehebat mana pun, baginda tetap tidaksombong dengan kehebatan baginda melalui ujian tersebut, maka sewajarnya kita mengingati Rasulullah SAW dalam apa jua keadaan sebagaimana kita mengingati Allah SWT.

Ketiga, kita perlu sebut di bibir kita bahawa, kehebatan dan kejayaan ataupun apa juakelebihan yang dimiliki adalah anugerah daripada Allah SWT. Maka sebutlah begini, Ya Allah, Kau Maha Hebat. Terima kasih kerana mengurniakan sedikit kelebihann untuk diri ku". Frasa ini juga bila dilafazkan secara tidak langsung membuktikan bahawa kita bersyukur dengan kurniaan nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.

Keempat, kita perlu selalu mendengar majlis-majlis ilmu kerana dengan mempersiapkan diri dengan ilmu akan menjadikan kita lebih mudah tersedar bahawa kita bukanlah hebat mana. Tetapi keagungan Allah SWT yang memiliki ilmu ini akan terus kita syukuri dan kagumi.

Kelima, berzikirlah selalu. Zikir ia cara mengingati Allah SWT. Sebutlah tahmid, tasbih atau takbir atau tahlil agar kelangsungan kita berzikir akan mempengaruhi hati kita terarah kepada yang lebih baik.



Ingatlah bahawa, kesombongan itu bukan satu perkara yang menghadirkan sejuta kebaikan, tetapi sebenarnya ia akan meruntuhkan keikhlasan hati kita dalam melakukan sesuatu ibadat.

nginkan maklumat lanjut program ZAS Motivation and Training?Hubungi segera untuk mengetahui promosi terkini


M-Zas : 0177313112
www.facebook.com/transformasirohani
transformasirohani@gmail.com

Sunday 30 March 2014

Khusus Untuk Sekolah-Sekolah Agama Johor Daerah Batu Pahat

Promosi Menakjubkan

Khas untuk warga Batu Pahat.  Jangan lepaskan peluang ini. 
Promosi ini sah sehingga 

31 Mei 2014 sahaja.


Kami ingin berkongsi kepakaran kami dalam membentuk generasi Muslim yang berisnpirasi

Saturday 29 March 2014

Perkongsian Tips Inspirasi Rohani



Kami ingin berkongsi tips dengan semua mengenai bagaimana langkah dan cara bagi merangsang sanubari untuk mewujudkan "Inspirasi Rohani" bagi mencapai kegemilangan, menambah rasa cinta dan kasih kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ataupun meningkatkan kesedaran mengenai keinsafan diri seterusnya memupuk diri menjadi seorang pemimpin yang unggul.

Perkongsian ini diharap dapat menjelmakan keinginan untuk memulakan langkah perubahan kepada sesiapa sahaja yang mendambakan perubahan yang diberkati oleh Allah SWT. Layari link ini untuk mendapatkannya.

Tuesday 25 March 2014

Bidang Kepakaran Zas Motivation and Training


  • Apa Yang Kami Boleh Bantu


Keyakinan kami untuk membantu pelajar dan guru-guru untuk meningkatkan keazaman dan keyakinan untuk memulakan perubahan. Di situlah kami akan menyentuh sanubari setiap peserta supaya mereka akan dirangsang untuk mula melakukan perubahan yang lebih baik.

Perkhidmatan yang kami sediakan adalah berasaskan kepakaran kami. Berikut adalah perkhidmatan yang kami sediakan sebagai pilihan:

1. Motivasi Kegemilangan Dalam Kejayaan - Asas dan Lanjutan
2. Motivasi Keinsafan Pencetus Perubahan - Asas dan Lanjutan
3. Motivasi Kepimpinan Unggul - Asas dan Lanjutan
4. Motivasi Seronoknya Beribadat - Asas dan Lanjutan
Setiap jenis motivasi dikhususkan matlamat dan objektifnya.
Kami tidak mahu menjadikan program motivasi ini sebagai satu program yang membazir dan sebab itu kami menetapkan matlamat dan objektif tertentu bagi menjamin setiap program yang disusun memberikan impak kepada setiap peserta.

Untuk makluman lanjut terus berhubung dengan kami melalui

transformasirohani@gmail.com

Menggilap Kaca Menjadi Permata



Transformasi Rohani Merealisasi Syurgawi


Kepakaran kami ialah dalam menyentuh hati dan sanubari pelajar supaya mereka tidak terus hanyut dengan kegilaan dunia. Kekuatan rohani perlu wujud dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Bagaimana kami dapat membantu pelajar-pelajar tersedar daripada kegilaan dunia yang mereka lalui?

Pendekatan kami ialah dalam menyentuh sanubari pelajar. Sentuhan ini akan menjadikan mereka tersedar akan kepentingan menguatkan kerohanian mereka untuk menjana kekuatan bagi menggilap sirna permata. Sentuhan ini pasti akan menerbitkan keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Pasti guru-guru pernah menghadapi masalah di mana pelajar-pelajar lesu, tidak bermaya, tidak bersemangat untuk belajar. Pasti guru-guru pernah juga melalui satu situasi di mana pelajar sukar untuk ditegur, diberi nasihat, diberi galakkan dan mendapatkan kerjasama daripada mereka.

Itulah yang kami akan bantu, iaitu suntikan antiviral ke dalam rohani bagi mengelakkan masalah lesu, tidak bermaya, tidak bersemangat, ego, sukar menerima teguran dan nasihat supaya sanubari mereka akan disentuh dengan pendekatan yang begitu menakjubkan. Sentuhan ini sememangnya unik di mana pelajar akan dapat dirangsang untuk memulakan langkah pertama perubahan positif mereka.

Kepakaran kami sememangnya menerbitkan keinginan untuk berubah yang hadir daripada sanubari mereka. Keinginan yang lahir daripada hati sememangnya perlu bagi menjamin perubahan itu adalah satu langkah murni dan ikhlas kerana Allah SWT.

Hubungi kami dengan emel 

transformasirohani@gmail.com